Apakah pokok hiasan luar rumah yang bagus untuk membersihkan toksin daripada di rumah anda?
Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar, terdapat kajian yang menunjukkan udara di rumah kita boleh tercemar dengan lebih serius jika rumah kita berdekatan dengan bandar besar dalam kawasan perindustrian.
Penggunaan pokok hiasan luar rumah misalnya bioleh mengawal masalah ini secara semula jadi dengan mengeluarkan toksin dari dar dan bertindak sebagai pelembap.
Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsi kepada anda tentang pokok hiasan luar rumah yang sesuai untuk ditanam di rumah.
Baca juga:
Apa itu pokok hiasan luar rumah?
Pokok hiasan luar rumah adalah tumbuhan yang ditanam di luar kawasan rumah. Ia bukan sahaja mampu memberikan kita oksigen dan menyerap karbon dioksida semasa proses fotosintesis, tetapi juga menyerap bahan pencemaran di udara.
Jenis pokok hiasan luar rumah yang sesuai
Di bawah adalah 10 senarai pokok hiasan luar rumah yang terbaik berdasarkan dari kajian yang dijalankan oleh NASA (Dr. BC Wolverton)
1. Peace lily
Bukan sahaja dikenali sebagai tumbuhan berbunga yang cantik di bawah keluarga araceae, ia juga membantu membezakan kualiti udara rumah.
Peace lily sesuai diletakkan dalam bilik tidur, kerana ia membebaskan oksigen pada waktu malam serta memerangkap benzene, aseton, dan formaldehid, trichloroethylene, ammonia, xilena, toluena, dan beberapa lagi bahan pencemaran lain.
- Cara Penjagaan: Suhu bilik adalah yang paling sesuai untuk tumbuhan ini. Pastikan tanah lembap sama rata dan mempunyai pasu dengan lubang saliran. Cahaya terang disyorkan, tetapi bukan cahaya matahari langsung.
2. English ivy
English ivy adalah salah satu tumbuhan menjalar yang bagus dijadikan pokok hiasan luar rumah kerana kos penyelenggaraannya yang agak rendah.
Anda boleh biarkan tanaman ini menjalar secara bebas atau diikat pada pokok, dinding, pagar dan tumbuhan lain untuk lebih kelihatan menarik.
English Ivy didapati sebagai salah satu tumbuhan paling berkesan yang menghilangkan benzena, formaldehid, trichloroethylene, xylene dan toluena dari udara.
- Cara Penjagaan: Simpan di bawah cahaya terang, sebaik-baiknya lampu pendarfluor. Tanah harus kekal lembap. Suhu bilik yang sejuk dan sederhana sejuk adalah tempat yang sesuai untuk menanam Ivy.
3. Aloe vera
Aloe vera atau juga dikenali sebagai lidah buaya adalah spesis tumbuhan berair dari genus aloe yang dikategorikan di bawah keluarga asphodelaceae.
Sejak dulu lagi, tumbuhan ini telah digunakan untuk tujuan perubatan seperti membantu merawat jerawat, ruam, gatal, iritasi, bekas luka, parut, gigitan serangga, reaksi alergi, psoriasis, luka terbakar dan sebagainya.
Ia mampu tahan terhadap cuaca ekstrem sama ada terlalu panas atau terlalu sejuk. Aloe vera berkesan dalam membersihkan benzena dan formaldehid dalam udara rumah anda.
- Cara Penjagaan: Aloe vera memerlukan cahaya matahari yang terang tetapi tidak secara langsung. Tumbuhan ini tidak memerlukan banyak air kerana ia boleh reput jika anda menyiramnya dengan kerap.
4. Chinese evergreen
Chinese evergreen berasal dari kawasan tropika dan subtropika di Asia Selatan. Ia mempunyai lebih daripada 100 jenis popular yang setiap satunya menarik dan mudah dijaga.
Chinese evergreen boleh digunakan untuk memerangkap benzena dan formaldehid di udara.
- Cara Penjagaan: Chinese evergreen boleh hidup dalam cahaya yang kurang. Ia juga lebih suka dengan tanah yang kurang berasid tetapi mempunyai saliran dengan baik.
5. Dendrobium orchids
Orkid ialah tumbuhan pasu yang sangat popular dan pandai menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis persekitaran.
Walaupun terdapat beratus-ratus jenis orkid di dunia, terdapat dua jenis orkid yang menjadi pilihan ramai iaitu phalaenops atau dendrobium.
Dendrobium atau juga dipanggil orkid tebu, mempunyai bunga yang lebih kecil dengan warna putih atau ungu yang biasanya tumbuh dalam barisan pada tangkai yang timbul daripada batang tebal.
Daun dendrobium agak halus dan biasanya muncul dari celah-celah batang. Orkid jenis ini didapati berkesan dalam membersihkan xilena dan toluena di udara.
- Cara Penjagaan: Orkid perlu ditanam di tempat yang teduh dan tidak sepatutnya membiarkannya terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu banyak. Ia hanya memerlukan jumlah air yang sedikit untuk terus hidup dan membesar.
6. Flamingo lily
Flamingo lily adalah spesis dalam keluarga araceae yang berasal dari Columbia dan Ecuodor. Tumbuhan ini agak unik kerana ia mempunyai daun hijau berkilat yang berbentuk hati dan bunga yang indah tetapi mampu bertahan selama beberapa bulan selepas mekar.
Flamingo lily dikatakan berkesan dalam membersihkan formaldehid, amonia, xilena dan toluena dari udara.
- Cara Penjagaan: Flamingo lily boleh tumbuh dengan baik di kawasan yang mendapat banyak cahaya matahari. Ia juga memerlukan persekitaran yang lembap kerana tidak tahan terhadap cuaca panas.
7. Money plant
Money plant yang berasal dari Polinesia, Perancis ini adalah salah satu tumbuhan paling tahan lasak yang berfungsi dengan cukup baik untuk menyesuaikan diri di keadaan persekitaran dalaman dan luaran rumah anda.
Ia berkesan dalam membersihkan benzena, formaldehid, trichloroethylene, xylene dan toluena dari udara.
- Cara Penjagaan: Money plant mempunyai dua medium untuk membiak iaitu dalam air dan tanah. Jika tanam atas tanah, siram setiap dua hari sekali. Jika dalam air, tukar air sekitar 3 hari sekali.
8. Snake plant
Snake plant dalah salah satu tumbuhan dalaman yang paling tahan lasak, tidak memerlukan cahaya terang atau matahari serta penyiraman yang kerap.
Ia didapati sebagai salah satu tumbuhan penulen udara paling berkesan. Menurut NASA, snake plant mampu menyerap toksin bawaan udara, termasuk formaldehid, nitrogen oksida, benzena, xilena dan trichloroethylene.
- Cara Penjagaan: Snake plant adalah antara tanaman yang mudah dijaga. Hanya siram dua kali sebulan pun sudah memadai. Jika kerap anda siram, pokok akan mudah mati dan membusuk. Tetapi elakkan dari letak snake plant dibawah cahaya matahari secara langsung.
9. Chrysanthemum morifolium
Chrysanthemum morifolium adalah sejenis tumbuhan yang popular dan digemari ramai. Berbeza seperti Peace Lily, tumbuhan ini menyukai cahaya matahari langsung dan jumlah air yang sederhana.
Dengan penjagaan yang betul dan jenis tanah yang betul, Chrysanthemum morifolium akan mula menghasilkan banyak bunga cantik pelbagai warna.
Bunga ini bukan sahaja membantu mencerahkan bilik, ia juga membantu membersihkan udara daripada banyak bahan kimia yang biasa di rumah. Ini termasuk formaldehid, xilena, ammonia, benzena, toluena, dan trichloroethylene.
- Cara Penjagaan: Pastikan tumbuhan dalam suhu yang lebih sejuk dan pastikan tanah lembap sepanjang masa. Memerlukan cahaya terang
10. Red-edged dracaena
Red-edged dracaena ialah spesis genus dracaena yang berasal dari Asia Selatan. Ia mudah dijaga dan mudah tumbuh dalam pelbagai keadaan persekitaran.
Tumbuhan ini cekap dalam dalam mengeluarkan benzena, formaldehid, trichloroethylene, xylene dan toluena dari udara.
- Cara Penjagaan: Elak dari siram red-edged dracaena terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan hujung duannya menghitam.
Tips agar pokok hiasan luar rumah kekal sihat
Menjaga pokok hiasan luar rumah agar kekal hidup dan sihat adalah tugas yang sukar tetapi dengan sedikit ilmu, anda boleh praktikkan dengan mudah. Berikut adalah tipsnya:
1. Periksa pokok dengan kerap
Rajin-rajinkan diri periksa pokok yang anda tanam dengan kerap untuk melihat perbezaan yang berlaku. Adakah terdapat sebarang tompok coklat atau kuning? Ada bintik hitam? Ini boleh menjadi tanda-tanda masalah kesihatan pada pokok.
Seterusnya, periksa tanah di sekeliling tumbuhan. Adakah ia padat atau keras? Kemudian, periksa juga saiz dan keadaan daun pada pokok. Adakah semua daun menuju ke arah yang sama? Adakah ia condong ke satu sisi sahaja? Kedua-dua tanda ini menunjukkan bahawa tumbuhan tidak mendapat cahaya yang mencukupi.
2. Elak siram pokok secara berlebihan
Elakkan dari menyiram tanaman secara berlebihan. Menyiram tumbuhan luar secara berlebihan boleh menyebabkan ia layu dan mati serta berlaku pertumbuhan kulat dan masalah lainnya.
Untuk menentukan seberapa kerap anda perlu siram pokok tersebut, anda perlu perhatikan cuaca. Jika cuaca sangat panas atau kering, tumbuhan anda mungkin memerlukan lebih banyak air daripada biasa. Sebaliknya, jika ia sejuk atau basah, hanya siram sekali sekala sahaja.
3. Lakukan pemangkasan pokok
Satu lagi perkara paling penting yang boleh anda lakukan untuk pokok hiasan luar rumah ialah memangkas secara berkala.
Ia penting untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru dan menyalurkan nutrisi yang penting kepada bahagian utama pokok.
4. Perhatikan jarak tumbuhan dengan betul sebelum ditanam
Pokok hiasan luar rumah memerlukan jarak ruang yang berbeza-beza bergantung pada saiz dan tabiat pertumbuhannya.
Tumbuhan renek yang besar memerlukan lebih banyak ruang untuk menyebarkan akar dan dahannya. Manakala tumbuhan saka yang lebih kecil boleh ditanam lebih rapat.
Memberi setiap tumbuhan ruang yang diperlukan, boleh membantu untuk mencipta taman yang sihat dan cantik. Di samping itu, jarak yang betul dapat membantu untuk mencegah penyebaran penyakit dan perosak.
5. Pilih tanah yang sesuai
Pokok hiasan luar rumah memerlukan tanah yang kaya dengan nutrisi dan mampu mengekalkan kelembapan. Jika tidak, pokok anda akan cepat dehidrasi atau kering.
Terdapat beberapa cara untuk anda pilih tanah yang sesuai untuk tumbuhan anda. Pertama, pertimbangkan lokasi pokok ditanam. Jika ia berada di tempat yang panas di bawah cahaya matahari, anda perlu pilih tanah yang mempunyai saliran yang baik.
Jika tumbuhan berada di tempat yang teduh, sebaiknya anda perlu memilih tanah yang mampu mengekalkan kelembapan.
Setakat itu sahaja perkongsian kami mengenai jenis pokok hiasan luar rumah yang bagus untuk menahan cuaca panas dan menyegarkan kualiti udara. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi ilmu dan tips mengenai perkebunan dan tanaman, anda boleh terus ikuti artikel terkini dari Terapi Kebun.
Sumber:
- How to Grow An Air Quality Garden. Gardening Know How
- Outdoor Plants: How To Keep Them Healthy and Alive. Exscape Design