Keajaiban khasiat moringa sudah sering menjadi bualan ramai di media sosial dan “influencer-influencer” produk kesihatan.
Namun tahukah anda, khasiat daun ini sebenarnya sudah lama menjadi tarikan untuk para saintis di seluruh dunia untuk mendapatkan data kajian terperinci bagi mengenal pasti kandungan nutrisi dan kelebihannya.
Untuk artikel kali ini, kami ingin bawa anda mengenali dengan lebih dekat asal usul daun ini serta khasiat yang ada di dalamnya.
Baca juga:
Apa itu daun moringa?
Moringa (Moringa eleifera) adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari India utara yang juga boleh tumbuh di kawasan tropika dan sub tropika lainnya seperti Asia dan Afrika.
Ia digunakan secara sangat meluas dalam dunia masakan dan ubat-ubatan. Boleh dikatakan keseluruhan pokok moringa bermula dari akar, biji, sekam, bunga, buah, batang, kulit kayu dan daunnya sangat berguna untuk pelbagai fungsi dalam kehidupan manusia.
Rekod menunjukkan terdapat 13 spesis moringa di seluruh dunia dengan pelbagai jenis vitamin, mineral serta antioksidan yang sihat.
Fakta nutrisi khasiat moringa
Berikut adalah kandungan nutrisi yang rerdapat dalam setiap 100 gram (3.5 oz) daun moringa:
Kalori
Nama | Jumlah | % Nilai harian |
---|---|---|
Kalori | 64 kcal | 3% |
Karbohidrat
Nama | Jumlah | % Nilai harian |
---|---|---|
Jumlah karbohidrat | 8.28 g | 3% |
Serat | 2.00 g | |
Gula | – g | |
Kanji | – g |
Sterol
Nama | Jumlah | % Nilai harian |
---|---|---|
Kolesterol | 0.00 mg | 0% |
Fitosterol | – mg |
Lemak dan Asid Lemak
Nama | Jumlah | % Nilai harian |
---|---|---|
Jumlah lemak | 8.28 g | 3% |
Lemak tepu | 2.00 g | – |
Lemak tak tepu tunggal | – g | |
Lemak tak tepu, jumlah | – g | |
– 18:2 n-6 (LA), Omega-6 | – g | |
– 18:2 n-6 (GLA) | – g | |
– 18:2 n-6 (ALA), Omega-3 | – g | |
-18:4 n-3 (SDA) | – g | |
– 20:5 n-3 (EPA) | – g | |
– 22:5 n-3 (EPA) | – g | |
-22:6 n-3 (EPA) | – g | |
Lemak trans | 0.00 g |
Protein dan Asid Amino
Nama | Jumlah | % Nilai harian |
---|---|---|
Protein, jumlah | 9.40 g | 19% |
Tryptophan | 0.14 g | |
Threonine | 0.41 g | |
Isoleucine | 0.45 g | |
Leucine | 0.79 g | |
Lisin | 0.54 g | |
Metionin | 0.12 g | |
Sistin | 0.14 g | |
Fenilalanin | 0.49 g | |
Tirosin | 0.35 g | |
Valine | 0.61 g | |
Arginine | 0.53 g | |
Histidine | 0.20 g | |
Alanin | 0.71 g | |
Asid aspartik | 092 g | |
Asid glutamik | 1.04 g | |
Glisin | 0.52 g | |
Prolin | 0.45 g | |
Serine | 0.41 g |
Galian
Nama | Jumlah | % Nilai harian |
---|---|---|
Kalisum | 185.00 mg | 14% |
Besi | 4.00 mg | 22% |
Magnesium | 42.00 mg | 10% |
Fosforus | 112.00 mg | 9% |
Potasium | 337.00 mg | 7% |
Natrium | 9.00 mg | 0% |
Zink | 0.60 mg | 5% |
Tembaga | 0.11 mg | 12% |
Mangan | 1.06 mg | 46% |
Selenium | 0.90 mcg | 2% |
Iodin | – mcg | – |
Chromium | – mcg | – |
Molibdenum | – mcg | – |
Klorida | – mg | – |
Fluorida | – mg |
Vitamin
Nama | Jumlah | % Nilai harian |
---|---|---|
Vitamin C | 51.70 mg | 57% |
Tiamin | 0.26 mg | 22% |
Riboflavin | 0.66 mg | 51% |
Niasin | 2.22 mg | 14% |
Asid pantothenik | 0.13 mg | 3% |
Vitamin B6 | 1.20 mg | 71% |
Folat, jumlah | 40.00 mg | 10% |
Asid folik | 0.00 mcg | |
Folat makanan (setara dengan folat pemakanan) | 40.00 mcg | |
Kolin | – mg | |
Betaine | – mg | – |
Vitamin B12 | 0.00 mcg | 0% |
Vitamin A, jumlah | -378.00 mcg | |
Retinol | 0.00 mg | |
Beta karotena | – mcg | |
Alfa-karotena | – mcg | |
Beta-cryptoxanthin | – mcg | |
Lycopene | – mcg | |
Lutein dan zeaxanthin | 26100.00 mcg | |
Vitamin E, jumlah | – mg | |
Alpa-tocopherol | – mg | |
Beta-tocopherol | – mg | |
Gamma-tocopherol | – mg | |
Delta-tocopherol | – mg | |
Vitamin D | 0.00 mcg | 0% |
Vitamin K (phylloquinone) | – mcg | – |
Biotin | – mcg | – |
Flavonoid
Nama | Jumlah |
---|---|
Flavonol | |
Isohamnetin | 0.40 mg |
Kaempferol | 6.00 mg |
Myricetin | 0.00 mg |
Quercetin | 16.60 mg |
Lain-lain
Nama | Jumlah |
---|---|
Air | 78.66 g |
Abu | 2.26 g |
Alkohol | 0.00 g |
Kafein | 0.00 mg |
Teobromin | 0.00 mg |
Resveratrol | – mg |
Fitoalbumiin | – mg |
Asid klorogenik | – mg |
*”_” bermaksud data tidak mencukupi.
*% Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,00 kalori atau merujuk kepada Pengambilan Rujukan Pemakanan untuk peringkat kehidupan tertentu.
Khasiat moringa
1. Merawat edema
Edema berlaku apabila cecair terkumpul dalam tisu badan. Contohnya, edema telinga boleh menyebabkan pembengkakan tisu di sekeliling telinga yang disebabkan oleh jangkitan.
Dalam satu kajian, penyelidik yang menggunakan minyak biji moringa untuk mengawal masalah tikus yang dijangkiti edema telinga berjaya menunjukkan kesan yang positif.
Ini jelas menunjukkan wujudnya khasiat daun moringa yang bersifat anti-radang. Sungguhpun begitu, lebih banyak kajian terhadap manusia perlu dijalankan untuk data yang lebih tepat.
2. Melindungi hati
Moringa mungkin membantu melindungi hati daripada penyakit hati berlemak yang bukan berpunca dari pengambilan minuman beralkohol.
Dalam satu kajian, penyelidik memberi makan guinea pig dengan diet yang mengandungi daun moringa.
Guinea pig yang memakan banyak moringa mempunyai paras kolesterol dan trigliserida yang lebih rendah dan kurang keradangan dalam hatinya.
3. Mengelak dan merawat kanser
Niazimin sejenis sebatian yang boleh ditemukan dalam khasiat moringa berupaya menyekat perkembangan sel-sel kanser.
Menurut beberapa saintis, ekstrak daun moringa, kulit kayu dan bahagian lain tumbuhan ini mungkin mempunyai sifat yang boleh membunuh sel kanser.
Jika penyelidikan lanjut mengesahkannya, ia boleh membuktikan bahawa daun ini berguna dalam merawat kanser payudara, hati, kolorektal, dan kanser lain.
4. Menurunkan paras gula dalam darah
Individu yang mempunyai paras gula dalam darah yang berterusan tinggi boleh membawa kepada masalah diabetes dan kesan kepada gejala kerosakan organ serta jantung yang lain.
Daun moringa dikatakan merupakan sumber yang cukup sempurna untuk menstabilkan paras gula kerana kandungan isothiocyanates di dalamnya.
5. Menurunkan tekanan darah tinggi
Bukan hanya boleh menurunkan paras gula dalam darah, ia juga berkesan dalam mengoptimumkan semula tekanan darah seseorang ke tahap yang lebih baik sekaligus menghindari anda dari masalah hipertensi.
6. Mengelak dari rheumatoid arthritis
Untuk pengetahuan anda, rheumatoid arthritis adalah sejenis penyakit autoimmun yang melibatkan sistem muskuloskeletal di mana terdapat radang pada sendi seseorang.
Menurut kajian terdahulu, ekstrak moringa mempunyai ciri anti-radang yang mungkin membantu mencegah arthritis rheumatoid.
7. Melancarkan sistem penghadaman
Jika anda sering berhadapan dengan masalah penghadaman seperti sembelit, anda boleh cuba menggunakan khasiat daun moringa untuk menanganinya.
Hal ini kerana, daun tersebut mempunyai kandungan serat larut dan tidak larut, di mana kedua-duanya mempunyai kesan positif dalam melancarkan semula sistem penghadaman manusia.
Serat larut akan larut dalam air dan bertukar menjadi gel untuk melambatkan penghadam dan membuatkan anda lasa kenyang lebih lama.
Manakala serat tidak larut pula akan memudahkan najis untuk keluar dari saluran penghadaman anda. Bukan itu sahaja, moringa juga mengandungi sebatian yang membantu menggalakkan bakteria bermanfaat dalam usus.
8. Melindungi kulit dan rambut
Kulit dan rambut adalah aset terpenting bagi setiap orang khususnya kaum wanita. Penggunaan daun moringa memberikan manfaat yang tersendiri untuk melindungi kulit dan rambut.
Sifat antioksidan daun ini mampu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit. Ia meningkatkan tona kulit dan menambah “glowing” kerana sifat pembersihan dan terapeutik di dalamnya.
Bukan itu sahaja, pes daun moringa juga boleh melembutkan rambut, menguatkan folikel rambut, mengurangkan masalah kelemumur, serta menjadikan rambut tampak lebih segar dan tidak kusam.
9. Menurunkan paras kolesterol
Mempunyai paras kolesterol yang optimum sangat penting untuk menghindari dari penyakit jantung. Menariknya, moringa mempunyai potensi untuk mengurangkan paras kolesterol anda.
Menurut satu kajian, moringa mempunyai aktiviti hipokolesterolemik (menurunkan lemak) dan antiaterreskotik (menghalang pembentukan plak di dinding arteri) yang menyokong jantung yang sihat.
10. Meningkatkan kemampuan seksual
Tahukah anda, seseorang yang mendapatkan tekanan yang negatif dari segi emosi dan fizikalnya boleh menjejaskan kualiti serta kemampuan seksual dirinya sendiri?
Ia boleh menurunkan libido dengan adanya peningkatan kortisol serta mengurangkan hormon rasa baik iaitu dopamin.
Sejak dulu lagi, banyak herba tradisional yang digunakan sebagai afrodisiak untuk meningkatkan libido seseorang yang mana salah satunya adalah dari khasiat daun moringga.
Bahkan kenyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan terhadap haiwan, di mana daun moringa mempunyai kesan baik terhadap disfungsi seksual haiwan jantan yang disebabkan oleh tekanan.
Namun kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan ke atas manusia juga untuk data yang lebih kukuh.
Cara menanam pokok moringa
Anda boleh cuba tanam pokok moringa dari keratan batang. Berikut adalah cara menanam pokok Moringa menggunakan keratan batang:
- Keratan batang mestilah batang yang sudah matang. Anggaran panjangnya sekitar 18 hinga 60 inci.
- Pastikan keratan batang ditanam di bawah sinaran matahari dan pada tanah berpasir.
- Jangan kerap menyiram keratan batang kerana dibimbangi akar akan mereput akibat permukaan tanah yang lembap.
- Anggaran jarak antara keratan batang adalah 10 kaki.
- Tempoh matang pokok Moringa adalah sekitar 2 hingga 3 bulan.
Setakat itu sahaja perkongsian kami mengenai khasiat daun moringa. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi ilmu dan tips mengenai perkebunan dan tanaman, anda boleh terus ikuti artikel terkini dari Terapi Kebun.
Sumber:
- Moringa: Phytopharmacological Properties and Its Potential as a Functional Food Ingredient. Elsevier
- Health Benefits of Moringa Oleifera. National Library of Medicine
- Moringa – Uses, Side Effects, and More. WebMD