Berkebun bukan saja menjimatkan tetapi secara tidak langsung sebagai terapi minda dan mata selepas penat bekerja.
Antara kelebihan berkebun adalah:
1. Terapi percuma
Berkebun boleh menjadi satu terapi diri & membantu menurunkan stress selepas melakukan aktiviti berkebun ataupun melihat hasil tanaman.
2. Elok untuk kesihatan
Berkebun juga boleh menjadi aktiviti mengeluarkan peluh sekaligus dapat menjadikan badan sentiasa aktif semasa melakukan aktiviti berkebun contohnya menanam beberapa tanaman sekitar rumah.
3.Hias halaman & tingkatkan kreativiti
Aktiviti berkebun boleh dilakukan dimana-mana mahupun di rumah apartment ataupun flat. Apa yang penting anda perlu kreatif memanfaatkan ruang contohnya beranda dijadikan tempat untuk tanaman dalam pasu ataupun hidroponik.
4.Jimat wang
Tahukah anda. Harga sayuran dipasaran lebih mencukupi dan lebih mahal berbanding membeli sebungkus biji benih yang menghasilkan lebih banyak tanaman. Bukan saja anda berasa berpuas hati dengan hasil tanaman tetapi ia adalah menjimatkan.
5. Baik untuk alam sekitar
Tumbuhan mengsilkan oksigen. Lebih banyak tanaman lebih banyak oksigen bersih yang dilepaskan di atmosphere.Kesimpulannya, kepada sesiapa yang belum mula berkebun boleh mempertimbangkan untuk berkebun secara kecil-kecilan dahulu dengan kos yg rendah.